Kesantunan
Bahasa merujuk kepada penggunaan Bahasa yang sopan, baradab, lemah lembut serta
tidak menyiggung perasaan pendengar.Ia juga dituturkan oleh setiap penutur
boleh mengelakkan berlakunya salah faham yang boleh menyebabkan berlakunya
ketegangan.
Dalam
Islam,konsep kesantunan berbahasa dapat dirujuk melalui beberapa perbahasan
yang terkandung dalam al-Quran yang berkaitan dengan etika komunikasi
sebagaimana penelitian yang dibuat oleh Nur Damia dan Zulkifli(2015) :
1. Qaulan sadida(Surah al-Nisa’ 4:9), iaitu medium Bahasa
yang digunakan mestilah jujur dan benar pengisiannya.
2. Qaulan ma’rufa (Surah al-Nisa’ 4:8), menyarankan agar
manusia dapat berkomunikasi dengan Bahasa yang tidak menyentuh jiwa dan
perassan khalayak.
3. Qaulan maisura (Surah al’Isra’ 18:28), melalui ayat
ini, para pendakwah diperingatkan bahawa maklumat yang disebarkan mestilah
mampu difahami dan sesuai dengan tahap kemampuan para pendengar.
4. Qaulan karima (Surah al-Isra’ 17:23); menjelaskan bahawa Bahasa dan perkataan yang diungkapkan mestilah mempunyai nilai yang baik dan mulia.
No comments:
Post a Comment