Saturday, 15 October 2016

HIBURAN MELAMPAU

Pengenalan Kepada Hiburan Melampau 

Hiburan merupakan suatu perkara yang diminati oleh manusia secara fitrahnya. Bahkan hiburan merupakan satu elemen dalam kehidupan. Adapun konsep hiburan itu berbeza-beza dan minat seseorang juga berbeza-beza mengikut kecenderungan masing-masing.
     
  Islam tidak memperincikan apa bentuk hiburan tersebut, ia terserah kepada kesesuaian individu, tempat dan masa yang sentiasa berubah-ubah. Apa yang pasti hiburan adalah subjektif yang memberikan maksud sesuatu (perbuatan, benda dan sebagainya) yang memberikan kegembiraan dan menyukakan hati.   

      
 Maka hiburan tersebut adalah luas bentuknya samada dalam bentuk suara seperti nyanyian, gurindam, sajak atau perbuatan seperti tarian, berlakon, bersukan atau ia merupakan sesuatu benda / objek seperti alatan muzik, buku, alatan sukan dan sebagainya.


ARKIB : 17/04/2005
Maksiat, hiburan melampau bimbangkan masyarakat
Oleh ASTORA JABAT

KEBIMBANGAN masyarakat terhadap maksiat, gejala sosial dan hiburan melampau semakin memuncak
Maksiat perbuatan peribadi?
Sebenarnya memang betul maksiat dan apa juga perbuatan jahat adalah perbuatan peribadi seseorang dan dialah yang bertanggungjawab ke atas dosa dan hukuman yang mungkin dikenakan di dunia dan akhirat.
Tetapi ini bukan bererti seseorang itu bebas secara mutlak dalam melakukan kejahatan peribadi kecuali jika dia melakukannya secara tersembunyi tanpa pengetahuan orang dan tidak memudaratkan masyarakat. Jika dalam keadaan begini seseorang itu melakukan kejahatan, dia dianggap bebas untuk melakukannya. Dari segi hukum agama pun dia dianggap terlepas daripada hukuman di dunia. Bagaimanapun, di pihak lain dia tidak bebas daripada dosa dan hukuman di akhirat terhadap perbuatan jahatnya kecuali jika bertaubat dan melakukan banyak kebajikan untuk kepentingan orang ramai. Taubat dianggap pembersih dan kebajikan dianggap penghapus dosa seseorang.
Berikut ini penulis menyiarkan penjelasan seorang pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengenai tindakan majlis agama itu menguatkuasakan undang-undang ke atas sekumpulan orang Muslim yang berpesta secara melampau di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur pada 23 Januari lalu.
Penjelasan pegawai JAWI ini dianggap berbeza dari semua berita dan maklumat yang pernah disiarkan dalam pelbagai media sebelum ini.
Bacalah penjelasan pengawai JAWI di bawah dengan teliti dan nilailah apakah perbuatan orang-orang Muslim di premis hiburan yang didakwa sebagai salah daripada undang-undang Islam itu tergolong daripada perkara peribadi yang tidak patut dikenakan hukuman?
Pegawai JAWI itu menjelaskan apakah punca menyebabkan pihaknya terpaksa mengambil tindakan ke atas mereka itu.
Pegawai JAWI mendakwa pihaknya mendapat maklumat daripada orang ramai bahawa ada di antara pengunjung pusat hiburan berkenaan terlibat dalam pesta seks. Pada mulanya penulis menyangka apa yang dianggap pesta seks hanya tarian lucah atau bogel saja. Tetapi dalam penjelasan yang lebih lanjut pegawai JAWI itu menjelaskan secara terang-terangan bahawa apa yang dimaksudkan pesta seks itu ialah tindakan melakukan hubungan seks.
 Tercengang penulis mendengar penjelasan pegawai JAWI itu kerana jika benar seperti didakwa, bererti orang Melayu atau orang Islam telah sampai ke tahap keruntuhan akhlak yang sangat teruk. Penulis tidak dapat membayangkan macam mana orang Melayu sanggup melakukan hubungan seks depan orang ramai di pusat hiburan.
Pegawai JAWI berkenaan juga menjelaskan mengenai perangai orang Melayu bila mabuk sanggup melakukan apa saja.. Punca mereka menjadi begitu kerana mereka tidak terbiasa dengan arak seperti orang bukan Muslim. Dengan itu, bila mereka bertemu dengan arak walaupun tidak banyak yang diminum, tetapi mabuk lebih teruk daripada orang yang minum tiga tempayan.

Selain semua daerah atau jajahan dikategorikan sebagai kawasan hitam, penyalahgunaan dadah di Kelantan juga kini turut membabitkan kanak-kanak dalam usia semuda 13 tahun.
Ketika di negeri-negeri lain, gejala dadah berlaku sekitar bandar atau di kawasan rancangan pembangunan tanah, di Kelantan ia merebak hingga ke setiap ceruk kawasan perbandaran, perkampungan nelayan dan kampung-kampung jauh di pedalaman seperti tanah-tanah rancangan Felda.

No comments: