Sunday, 9 October 2016

KONSEP KEJIRANAN

Pengertian jiran dari segi bahasa ialah orang yang tinggal sebelah menyebelah ataupun tetangga. Dari segi istilah syarak pula ianya merujuk kepada surah An-Nisa' :36  :

  • Orang yang tinggal serumah dengan kita
  • Orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita
  • Orang yang tinggal dalam lingkungan jarak 40 buah rumah dari rumah kita dari segenap penjuru
  • Orang yang tinggal senegeri dengan kita  
Konsep kejiranan

     Adalah salah satu ajaran islam yang penting bagi menjamin kesehajteraan hidup berjiran. Dalam konteks kejiranan, umat Islam perlu saling menghormati dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda .

     Jiran-jiran juga mempunyai hak-hak mereka. Antaranya , jika ia meminta tolong kepadamu, engkau akan menolongnya. Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya.Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya. Jika ia sakit engkau akan menziarahinya. Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya Jika ia tertimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya. Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya.

Jangan sekali-kali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya. Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit daripada makanan itu. Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya. Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah engkau memasukan buah-buahan itu ke dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan  olehnya dan janganlah membiarkan anakmu memakan buah-buahan itu dihadapan anaknya, kelak anak jiran itu akan menangis mahukan buah tersebut

No comments: