Tuesday, 11 October 2016

BATAS-BATAS PERGAULAN

Islam menetapkan peraturan pergaulan antara sesama manusia dan antara lelaki dengan perempuan.Menurut Mohd. So’od (2010),terdapat 3 peringkat dalam memulakan pergaulan iaitu:


1. Peringkat berkenalan
2. Peringkat Memahami
3. Peringkat tolong menolong

Batas dan Adab pergaulan dalam islam


1. Aurat lelaki
Aurat bagi lelaki adalah antara pusat hingga ke lutut.Lelaki wajib menutup anggota yang terdekat dengan pusat dan lutut supaya ia dapat dijaga dengan sempurna.

2. Pakaian Lelaki
  • Perlulah longgar dan sehingga tidak menampakkan apa-apa yang hendak dilindungi
  • tidak boleh menyerupai pakaian wanita.


3. Aurat Wanita
Aurat bagi wanita ialah keseluruhan badan,selain muka dan tapak tangannya.


4. Pakaian wanita
  • Hendaklah menutup semua anggota badan kecuali bahadian muka dan tapak tangan.
  • Hendaklah longga supaya tidak menampakkan susuk tubuhnya.
  • Hendaklah Pakaian tebal.
  • Hendaklah tidak menyerupai pakaian lelaki.

Adab-adab dan batas pergaulan
  1. Memelihara pandangan
  2. Menutup aurat secara sempurna
  3. Tidak berdua-duaan antara lelaki dengan wanita yang bukan mahram
  4. Menjaga perkataan dan mengawal perbualan
  5. Mengawal perhiasan
  6. Menghidari tempat yang tidak baik


Kesan buruk yang tinbul daripada pergaulan bebas
  1. Setiap perbuatan yang bertentangan dengan perintah Allah Swtmempunyai kesan yang buruk dalam kehidupan kita. Contohnya ialah:
  2. Merosakkan jiwa dan khlak
  3. Menyuburkan perzinaan
  4. Merosakkan maruah diri, masyarakat dan Negara
  5. Membawa kepada kemurkaan Allah SWT

Sunday, 9 October 2016

KONSEP KEJIRANAN

Pengertian jiran dari segi bahasa ialah orang yang tinggal sebelah menyebelah ataupun tetangga. Dari segi istilah syarak pula ianya merujuk kepada surah An-Nisa' :36  :

  • Orang yang tinggal serumah dengan kita
  • Orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita
  • Orang yang tinggal dalam lingkungan jarak 40 buah rumah dari rumah kita dari segenap penjuru
  • Orang yang tinggal senegeri dengan kita  
Konsep kejiranan

     Adalah salah satu ajaran islam yang penting bagi menjamin kesehajteraan hidup berjiran. Dalam konteks kejiranan, umat Islam perlu saling menghormati dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta benda .

     Jiran-jiran juga mempunyai hak-hak mereka. Antaranya , jika ia meminta tolong kepadamu, engkau akan menolongnya. Jika ia minta pinjaman, engkau akan memberikan pinjaman kepadanya.Jika ia memerlukan sesuatu, engkau akan memberikannya. Jika ia sakit engkau akan menziarahinya. Jika ia mendapat sesuatu kebaikan, engkau ucapkan tahniah kepadanya Jika ia tertimpa bahaya, engkau turut sedih bersamanya. Jika ia meninggal dunia, engkau turut menghantar jenazahnya.

Jangan sekali-kali engkau meninggikan rumahmu sehingga menyekat angin untuk sampai kerumahnya kecuali dengan izinnya. Jangan mengganggu perasaannya dengan bau masakan kamu, melainkan engkau akan memberikan sedikit daripada makanan itu. Jika engkau beli buah-buahan, berikan sedikit kepadanya. Jika engkau tidak mahu memberikannya maka hendaklah engkau memasukan buah-buahan itu ke dalam rumah secara rahsia supaya tidak kelihatan  olehnya dan janganlah membiarkan anakmu memakan buah-buahan itu dihadapan anaknya, kelak anak jiran itu akan menangis mahukan buah tersebut

KONSEP PERSAUDARAN

“Sesungguhnya orang-orang mu’min itu bersaudara kerena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah SWT supaya kamu mendapat rahmat.”

Konsep persaudaraan merupakan ikatan kerohanian yang boleh menimbulkan perasaan yang mendalam dalam diri seseorang tentang belas kasihan, cinta kasih dan penghormatan. Sebenarnya persaudaraan boleh terjadi melalui tiga cara, iaitu kelahiran, susuan dan akidah.


Kelahiran

Merujuk orang yang berkongsi ibu bapa iaitu saudara kandung. Menerusi perkahwinan seterusnya  yang disebut sebagai keluarga tiri juga persaudaraan.

Susuan

Kata Mahmud Muhammad Babeli (2002), saudara juga boleh terjadi menerusi penyusunan yang dikenali sebagai saudara sususan. Hubungan ini lahirnya dari ungkapan “saudara” atau Wahai saudara” apabila berjumpa dengan orang yang dikenali

Akidah

Adalah persaudaraan atau perkongsian akidah. Hubungan ini wujud apabila disebut “saudara seagama” atau “saudara di sisi Tuhan”.

Untuk memrealisasikan konsep persaudaraan dalam islam ini terdapat beberapa perkara perlu dilaksanakan iaitu :

  1. Kasih saying dan benci hanya Allah SWT
  2. Mengutamakan orang lain
  3. Berkerjasama
  4. Perasaan belas kasihan
  5. Saling menasihati
  6. Saling membantu sesama islam



Saturday, 8 October 2016

KONSEP HUBUNGAN SESAMA MANUSIA

Ukhuwah atau bahasa mudahnya hubungan antara manusia ataupun konsep persaudaraan yang  berasal daripada bahasa Arab iaitu ‘akhun’ yang membawa maksud saudara, kawan, teman ataupun sahabat. 
      Menerusi ukhuwah, wujudlah rasa untuk saling membantu, menasihati, memperingati dan bersikap tolak ansur serta bermaafan-maafan sesama manusia (bersaudara).

Terdapat beberapa isu yang dapat diketengahkan untuk menerangkan tentang konsep hubungan sesama manusia, antaranya ialah :